Shopping di Bandung bahagian 3
Filed under My Blog
Salam semua,
Setelah sekian lama aku tak menulis berkenaan Bandung, hari ini aku nak bagi tip tambahan untuk anda yang bakal menjejakkan kaki ke Bandung dalam jangka masa terdekat dan ‘terjauh’ ini hehe. Hari ini aku nak bagi 2 tip tambahan selain dari tip-tip yang aku dah bagi sebelum ini di artikel-artikel yang lepas.
Beg Pakaian
Pertama sekali untuk semua, jika nak ke Bandung bagi yang pertama kali ke sana, saya nasihatkan pergi ke Bandung SEHELAI SEPINGGANG. Maksud sehelai sepinggang adalah, pergi ke sana dengan hanya membawa Bag Pack biasa sahaja. Baju dan pakaian2 penting sahaja (maknanya yg dalam2 pon bawak skit jek). Selain itu saya cadangkan beli satu beg pakaian yang besar tapi boleh dilipat kecil. (gambar contoh akan saya upload kemudian). beg ini ada dijual dengan banyaknya di Sg Wang sebelah belakang dengan harga RM100. Walaupun agak mahal skit tapi memang berbaloi sebab beg yg besar ini boleh dilipat kecil dan boleh dimuatkan dalam BagPack anda.
Kenapa mesti begini?
masalah pertama sekali jika anda pegi ke Bandung dengan Beg macam nak pindah ke Bandung ialah masalah nak ambil beg sebaik saja kapal terbang mendarat di Bandung. Untuk pengetahuan anda, setakat ini, Airport Bandung menggunakan kutipan beg secara MANUAL yang boleh mengambil masa yang panjang untuk mengambil beg ditambah lagi pemeriksaan imigresen yang juga dibuat secara manual iaitu anda kena buka beg anda satu persatu. kalau anda bawak beg banyak2 alamatnya lama la anda nak sampai hotel dan lambat la nak start Shopping!!!!!
Masalah kedua dan masalah yang pernah aku hadapi kerana bawak beg banyak ialah tak cukup beg untuk bawak balik ke Malaysia sebab banyak sangat barang yang dibeli. Anda mesti ingat , kalau anda golongan wanita yang suka membeli belah di Pasar Baru, kalau anda bawa beg yang banyak sebelum sampai ke Bandung, bermakna tak muatlah nak bawa balik barang2 yang dibeli di Pasar Baru sebab di sana pasti anda akan rambang mata.
Jadi nasihat saya, pergilah sehelai sepinggang dengan membawa apa yang paling penting sahaja. semuanya anda boleh beli di sana termasuk baju dan seluar. Saya sendiri pegi kesana bawak sehelai seluar dan sehelai baju. Kapal terbang sampai ke Bandung pukul 12 tgh hari. Sampai2 terus ke hotel dan terus jalan bershopping. boleh lupa daratan kalau dok bandung lama2 hahaha.. asyik nak shopping jek. Tapi berat bag maximum sorang boleh bawak kena ambil kira jugak ye. sorang tak silap dalam 15 kilogram kot. tapi korang double cek dgn airline company korang la. jgn amik anggaran berat aku bulat2 yek. hehehe
Contoh Bag yang saya guna. mudah utk dimasukkan kedalam BagPack. bag yg lipat2 mcm ni. bila dh bukak, maximux 15 kilo brg boleh masuk dlm. hehe
SEBELUM
SELEPAS
Cara Pembayaran di Pusat Beli Belah
Ini adalah tip yang kedua yang aku nak bagi untuk hari ini. Jika anda ada Kad Kredit, saya syorkan gunakan Kad Kredit untuk membeli belah kerana kadar tukaran matawang untuk VISA dan Mastercard lebih murah berbanding kadar pertukarann di Malaysia sebab di Malaysia, money changer dah ambil komisyen dari kadar itu tetapi untuk kad kredit nilai itu adalah dari peringkat ‘first hand’.
Tapi jangan sesekali menggunakan debit kad yang ada logo VISA yang mudah didapati di bank-bank di Malaysia kerana kad kad ini disambungkan terus ke akaun bank anda. ada beberapa loophole yang aku baru tahu berkenaan debit kad ini yang aku baca di YAHOO TRAVEL. jadi kalau boleh elakkan menggunakan kad debit ini di sana. tapi kalau anda rasa tiada masalah dengan Debit Kad ni, silakan mennggunakannya. saya hanya memberi cadangan.
Andai ditakdirkan anda tiada kad kredit dan wang tunai anda kehabisan, saya cadangkan anda ke money changer persendirian di Bandung. Untuk ke sana, hanya beritahu kepada pemandu teksi dan mereka akan membawa anda ke situ. ini kerana bandung bukanlah seperti di Malaysia yang mempunyai money changer dimana-mana sahaja. Di sana, kita tidak boleh menukar duit di bank-bank kerana Bank-Bank di sana hanya menerima USD untuk penukaran wang ke rupiah.
Untuk kemudahan yang lebih mudah, ini hanya sesuai untuk pemilik kad ATM yang mempunyai logo PLUS seperti kad ATM MAYBANK, anda boleh cari bank-bank atau mesin ATM yang mempunyai logo ini dan membuat pengeluaran wang seperti biasa. untuk maklumat lanjut saya cadangkan anda bertanya dengan customer service bank anda untuk maklumat lanjut. Saya belum pernah cuba tapi kakak saya pernah cuba dan berjaya. Semuanya sama seperti anda gunakan Mesin ATM di Malaysia tapi untuk kepastian, bertanyalah dengan customer service bank-bank anda.
Akhir sekali, selepas puas membeli belah, pastikan anda sudah asingkan duit untuk airport tax kalau tidak masalah besar bakal menanti anda hehehe.. yelah, nak cari money changer la, itu la ini la. baik simpan duit airport tax awal-awal untuk kemudahan anda semasa nak berangkat pulang ke Malaysia.
Mar25














March 29, 2011 at 7:09 pm
akak wati,
kalau boleh akak minima kan jumlah pakaian yg nak dibawa. apa2 yg boleh dibeli dibandung, tak perlu bawak dr mesia. baju baby mungkin kene bawak byk skit la. tapi kalau anak2 akak yg besar2, bawak skit jek. selebihnya beli di sana saja. dh nak ke sana pon mmg nak shopping kan. bukan apa, kalau lagi sikit beg lagi bagus. biar balik mesia byk beg takpe dr pegi sana beg banyak. sana nak cek beg dan amik beg manual je. sume pakai tgn. bayangkan kalau satu kapal terbang sume bawak beg besar2, bila nk boleh kuar dr airport, bila pulak masanya nak shopping kan.
sbb tu saya kata kalau boleh lah, elakkan bwk beg byk2. bawak yg penting2 jek. baju2 lain tu beli sana jek. saya kalau ke sana, bawak backpack jek dgn beg lipat. pegi kurang dari 2 kg. bila balik , kadang2 lebih 15kg ehehe..
akak pegi naik dr KLIA yek. rasanya kat situ ada parking harian. tapi minimum 3 hari = RM129.
KLIA ada satu bangunan sepcial untuk long term parking. akak refer sini la yek
http://www.klia.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=16
March 29, 2011 at 7:17 pm
asma,
1. airport tax tu kalau tak silap seorang kurang dari 100k rupiah. kurang la. mungkin dlm 50k kot. saya kurang pasti amaun yg terkini.
2. imigresen tak lama. tapi kalau boleh pegi awal sejam lah. awal 1.5 jam ker kan. so takde la kelam kabut. make sure simpan duit utk airport tax tau.
3. ada beberapa kedai makan yg saya tulis dlm artikel2 terdahulu salah satunya dapur sangkuriang. sedap bangat makan kat situ. hehe
terima kasih
March 29, 2011 at 8:09 pm
puteri,
1. utari atau dago, takde lif, tapi boleh mintak bilik tingkat bawah la. dago 2 tu, siap ada bilik sebelah kaunter lobi lagi. dekat giler hehe
2. kalau shopping murah, bandung la tempat shopping. jakarta biase2 jek. kalau mangga dua pon, saya pegi dulu, takde ape2 pon. bandung lagi best.
3. better duk bandung lama2 dari duk jakarta. bandung kecik, jem pon kurang. org2 bandung pon baik2 belaka
4. teksi mana2 pon ok. asalkan ada meter. bluebird tu senang sbb byk.
5. airport jakarta ke bandung? mahal gak tu. tapi kalau jakarta ke mangga dua, tak mahal sgt kot. cuma bila ramai2 ni, teksinya pon kene besar la kan.
6. nanti saya bg nombornya. saya kene cari dulu. cek ruangan ni kemudian ok. ataupun saya akan bukak satu topik baru untuk contact number mereka nanti
March 31, 2011 at 9:24 am
utk aiport tax… Rp75,000.00 seorang…. simpan duit ni awal2 before you all perabihkan duit utk shopping… bila buat pembayaran tu sila bayar cukup2 sbb balance tak akan dipulangkan mereka! Kalau kita mintak dia kan campakkan balance tu… betul mcm hazmin cakap…. takyah bwk beg baju byk except ada bawak baby…. bawak beg lipat2 yg mcm hazmin suggest tu….
April 6, 2011 at 9:21 pm
assalamualaikum hazmin……………akak nak tanya,Hotel Royal Dago tu, yg Hazmin stay tu, room type apa ye????? Hotel Utari yg 100 ringgit tu, untuk type apa pulak???? memandangkan akak seramai 6 org, for sure akak kena ambil yg jenis family room, kan….jadi mesti harganya berlainan…………thanks
April 9, 2011 at 1:09 am
kak wati,
hotel2 yg saya rekomen tu tak silap saya takde rome type. sume same jek. bilik utk 2 org. tapi leh masuk dalam 4 org hehe. kalau ada anak 2 org, slalu 1 bilik pun cukup dah
kalau 6 org tu, better amik 2 bilik la kot kan
April 16, 2011 at 4:25 pm
berapa ye teksi charge dr airport ke hotel unik?
April 16, 2011 at 4:26 pm
berapa yer agak2 teksi charge dr airport ke hotel unik?
April 18, 2011 at 1:46 am
ana,
teksi murah2 jek. jgn risau. tapi saya tak pastilah berapa tambangnye ke hotel unik tu sebab saya tak tau kat mana
. mungkin dalam RM10 je kot
April 20, 2011 at 2:39 pm
Hye admin…
I’m going to bandung 23-26/4 nih…1st time trip..btw dh booking rumah ebo…tp cm mahai jerk dlm RM 136..may b last minit booking..btw akn try walk in kt Hotel Royal Dago 2 tuh..thnks for e info.. my fren said that ader rumah tumpangan lebih murah dr tuh.. Gelanggang Generasi Muda dkt Jln Merdeka dlm RM46 pernite…pernah dgr pasai tpt ni? dekat ker ngn Pasar Baru or any FO?
April 20, 2011 at 4:28 pm
nana,
nampaknya nana ni nak pegi sama time dgn family saya. silap2 boleh satu flight hehe. family saya pon pergi sana 23-26hb april hehe. kalau dlm kapal tu, cuba tanya sapa kenal hazmin.net, mesti kalau yg jawab tu itu la family saya hehe. malangnya saya tak ikut sama ke sana sebab ada keje hehe.
btw, dekat dan jauh jarak FO tu susah saya nak bgtau kalau hotel2 itu bukan Utari dan Dago 2 sebab selama ni dua hotel ini saja pilihan saya kan keluarga hehe. tapi rasanya tak jauh sgt kot. naik teksi pon slalunya murah je kan.
bandung ni tak besar mana, kalau hotel2 pon slalunya berdekatan dgn FO. cuma FO yh saya rekemen tu mungkin jauh skit la kan. kalau belum bayar lagi kat Rumah Ebo tu, sebaik sampai ke bandung nanti, naik teksi terus ke Dago 2 dulu. mana tau ada kosong, boleh terus menginap di situ. Rumah Ebo tu boleh cancel je kan. kira mcm backup plan la kan hehe. anyway.. selamat bercuti dan selamat membeli belah
May 6, 2011 at 8:26 pm
nak tnya…kalu harga borong utk pakaian knk2 agk2 leh dpt berapa utk yg branded2?
May 9, 2011 at 1:25 am
anna,
maaf lmbt reply ye. bz skit. rasanya harga kat sana murah dah. takde plak saya jumpa harga borong utk branded2 ni. sume harga mmg dh cukup murah
May 9, 2011 at 12:30 pm
agk2 berapa ringgit yer?
May 10, 2011 at 11:08 am
anna,
kalau pandai cari, harga paling murah RM5 keatas
May 10, 2011 at 8:54 pm
dari airport ke utari agk2 ambil msa bpe minit yer?
May 10, 2011 at 11:35 pm
salam…sy nk ke bandung 29.05 ini..4dewasa 1 kanak 7thn..ada x bilik hotel yg blh muat sy satu family….04.06 pernerbangan balik ikut jarkata..minta ideal admin transport utk ke jarkata..ape yg terbaik utk sy..ma ksh.
May 11, 2011 at 1:23 am
anna,
dekat jek. lebih kurang 10 minit kot. kalau tak jem, kurang lagi dari tu
May 11, 2011 at 1:29 am
noor,
rasanya kalau family ngan anak2 (2 dewasa + 4 anak) boleh la kot satu bilik. tapi kalau 4 dewasa + 1 kanak2 rasanya susah skit la kot. tapi apa pon still boleh cuba. kalau nak murah, amik 2 bilik kat dago 2.
kalau nak ke utari, boleh lah tanya diorg sama ada boleh atau tidak. saya takleh kata boleh atau tidak hehe. tapi saya penah buat 3 dewasa utk satu bilik kat utari.
kalau dr jakarta, better ada supir (sewa kete dgn driver). senang nak bergerak dan lebih selesa. pakai utk perjalanan jarak jauh. utk shopping sekitar bandung, naik teksi je. jimat skit. cuba bukak artikel terbaru saya. ada no telefon disitu. no tu saya dpt dari kawan saya. harap2 masih boleh digunakan
May 16, 2011 at 1:48 pm
salam…admin,utk penginapan hotel di UTARI perlu buat tempahan skrng atau just pergi terus ke hotel dari airport..sy sampai ke bandung dalam pukul 8.30/9.00 malam..saya juga dah tanya supir di sana kalau booking utk satu hari dia caj RM210 @ rp600…rasa2 ok x harga diaorg..utk bilik 2dewasa + 3ank saya cuba dulu kalau x blh saya amik saja 2 bilik nnt…anyway thanks a lot..byk tip yg sy dah dpt dr admin..tqvm
May 17, 2011 at 11:49 pm
noor,
utari tu, boleh booking dulu. cari kat google no phone diorg. tak silap skang kene baya deposit dulu. kalau tak silap la. utari ni selalu penuh jadi selalu kalau nak gi, book la seminggu atau dua minggu awal.
kalau 1 st time ke sana, pakai supir pon boleh jugak untuk bagi familliar dgn bandung. kalau kali kedua dah boleh naik teksi je kalau nak shopping. harga kira ok la kot. lame dah tak pakai supir kat sana so lupa dah. tapi dulu penah amik teksi sewa sehari dalam 350k ke 400k sehari. time tu sewa teksi sebab nak g pasar baru. tu time 1st time hehe.
saya rasa la kan, cadangan saya, ni cadangan saje yek, kalau ada bajet lebih, guna supir dulu sebab 1st time kat sana kan. kalau nak naik teksi pon kalau nak ke mana2 kene naik 2 teksi.
bab hotel tu, kene tanya kat diorg lah. tapi kalau ada 3 anak, secara logiknya diorg bagi sebab anak beranak kan. saya rasa boleh 1 family dlm 1 bilik. kalau tak kasi, cakap jek, takkanlah mak dan ayah nak tido asing2 hehe.. harap2 boleh la
May 18, 2011 at 5:22 pm
saya akn ke sana pada 25-28/6 nant seramai 3 org..hotel mna yg dkt dgn tmpat shoping seperti pasar baru dn FO??
May 18, 2011 at 5:23 pm
maaf* kami seramai 6 org..
May 19, 2011 at 12:17 am
amira,
kalau pendapat saya, hotel2 di sepanjang jalan djuanda dan dago lah yg paling sesuai. dekat dgn FO dan pasar baru naik teksi pon tak jauh.
dr artikel2 saya yg lepas2, ada dua hotel saja yang saya pernah menginap dan kalau ke bandung lagi pun, saya tak pernah mencuba nak tinggal di hotel2 lain sebab hotel yg saya pernah tinggal tu mmg paling sesuai.
ada dua, utari dan royal dago 2. banyak saya tulis mengenai 2 hotel ini. cuba tgk artikel2 saya yg terdahulu.
rumusan dari 2 hotel ni, royal dago murah 50% dari utari tapi tak boleh book.
June 23, 2011 at 3:39 pm
Kat mana nak beli beg yang boleh lipat2 tu? kat sg wang, kat belah mana?
June 23, 2011 at 5:51 pm
beg tu ada kat sg wang. sebelah belakang2. kene rajin jalan2 la. nak specific tu susah skit sebab masa saya beli aritu pon, jalan2 jumpe jek
. tingkat 1 & 2 cuba cari kat area belakang
July 3, 2011 at 1:16 pm
Saya rasa pendapat u salah la. Kalo kite gune card credit sah² la mahal. Sebab link dengan harga selling rate di bank.
Tip yg sebetulnya tukar duit di Malaysia
July 3, 2011 at 5:31 pm
cengkodok,
kalau salah boleh diperbetulkan
. tapi setakat yg saya buat selama ni. mmg murah dr harga yg saya dpt dr rate money changer. mmg saya tgk sendiri bil kad kredit saya. even ada satu dua visitor sini yg guna cadangan saya dan dia pon mmg dapat murah.
bank exchange rate tak sama dgn exchange rate visa dan mastercard dan yg sama mcm tu. kalau kita tukar kat bank, rate mmg mahal. tapi rate kad kredit, rate tu direct dr kad kredit mcm visa. so mmg murah. saya tak berani kata murah kalau saya tak tgk statement saya sendiri hehe.
tapi kalau ada yg penah guna kad kredit tapi rate mahal dr rate money changer kat mesia, boleh kongsi2 kat sini. saya juga nak tahu
July 3, 2011 at 5:34 pm
more or less, kita akan dpt rate mcm kat sini http://finance.yahoo.com/currency-converter/#from=IDR;to=MYR;amt=1000000
ni direct rate tanpa dpt untung sebab money changer slalunya akan amik untung dr pertukaran wang tu
August 10, 2011 at 9:47 pm
5 ratus cukup x kalo shopping jer?
August 11, 2011 at 3:42 pm
coco
cukup ke tak tu subjektif hehe. kalau nak beli sikit, mmg lebih dr cukup. kalau rambang mata kat sana, tak cukup la hehe
August 23, 2011 at 11:34 pm
Saya dah booking hotel grand setiabudi, dlm RM 156 semlm, pergi 4m….dah byr 10%….bila baca kt sini rasa rugi la pulak booking hotel tu…dlm term n condition dia kata kalau kita tak turn ip kita akan dicaj utk mlm pertama, berul ke hotel leh wat cm tu?hotel ni jauh tak dari shopping centre? Rasa nak cancel dah ni…boleh bagi pendapat,tq
August 24, 2011 at 2:15 am
Ita,
RM156 tu lebih kurang dalam Rp450,000 tu. mahal gak tu hehe. so dh bayar berapa? Dah bayar dalam RM50 ke?
rasanya kalau nak la, biar la rugi 10% tu dari rugi byk lagi. lagipun saya tak boleh nak komen pasal hotel tu. tapi kalau ikut logiknya, hotel ni mesti lebih baik dr hotel2 yang saya rekomen dalam blog saya ni lah kan sebab harganya pon mahal dr Utari.
Kalau nak murah lagi, saya boleh dapatkan hotel Cihampelas 2. Saya boleh dapat 10% diskaun di hotel ni. harga dalam Rp225.000 semalam (RM70)
Kalau nak boleh call saya untuk saya booking
Cihampelas ni berdekatan dgn Rumah Mode dan sekitarnya. jauh skitlah dr Jln Djuanda dan Dago. tapi kalau ada supir, takde masalah lah. kalau nak naik teksi pon, takde masalah jugak
September 28, 2011 at 12:00 pm
Saya dan enam orang lagi nak ke bandung. Flight dari Kota Kinabalu – Jakarta. kami nak bertolak 27.3.2012 jam 5.00 pm bertolak dari kk.kami cadang nak ke bandung terus. bagaimana sayanak dapat transport dari Airport Jakarta ke Bandung ya dan apakah botel yang murah dan berdekatan dengan shoping kompleks di bandung. Harap dapat bantuan
September 29, 2011 at 8:42 am
MAs,
kalau nak ke bandung dr jakarta, saya ada sediakan supir. kalau nak quotation, boleh email saya dulu di hazmin@hazmin.net . bg tau saya semua info pasal trip to bandung tu. sama ada nak supir saja ke, nak hotel sekali ke. nanti saya buatkan quotationnya.
hotel yg dekat dgn FO semuanya mahal kecuali dago 2 yg tak boleh booking tapi hanya walk-in saja. yg mahal pon tak mahal sgt la dalam RM145 semalam mcm kat utari hotel.
October 11, 2011 at 11:44 am
hye, nk tanye la..
saya n family nk pergi bandung nov ni..btl ke kalo nk shopping kat sn elakkan weeknd? kiteorg stay kat MITRA hotel.. hotel tu area mane ek? dkt tak nk shopping? da la bawak bby nnti, baru 11 bln plak tu.
October 11, 2011 at 2:18 pm
kalau saya tgk googlemap, jarak hotel tu ngan utari agak jauh jugak. jauh jugak dr pasar baru. tapi kalau tgk map google jela. mungkin jarak sebenarnya dekat hehe.
saya slalu pegi hari biasa sebab harga murah. kalau hujung minggu, saya kene beli tiket awal utk dpt murah. itu je sebab saya ke sana hari biasa atau hujung minggu. cuma kalau ke sana , jatuh pada hari cuti umum, mungkin agak sibuk sikit jalannya. tapi jarak antara FO2 di sana dekat jek. pasar baru pon tak jauh sgt. rasanya ok lagi kot
October 18, 2011 at 12:17 pm
salam, sy nk tnya…dkat FO tu accept any type of kredit kad ker?ke accept VISA je…mastercard ok x?
October 19, 2011 at 10:55 am
mimi,
setakat ni, saya tgk visa dan Mastercard takde masalah. amex pon kadang2 ada yg terima
October 25, 2011 at 10:46 am
time kasih…ada soklan lg..sy bawa anak2..senang x nk dpt kn susu formula (dutch lady / lactogen) & pampers…kt sana ada ke kedai2 runcit mcm kt sini yer?
October 25, 2011 at 8:51 pm
mimi,
emmm tu susah skit nk jawab sebab saya lom ada anak lagi hehe. kakak2 saya pon anak2 dh beso bile kitaorg gi sana. rasanya better bawak dr sini la kot. kat sana mungkin boleh try tanya teksi la atau supir (kalau pakai supir la hehe)
November 14, 2011 at 8:18 am
salam semua,
sy baru je balik dr bandung sabtu lepas…mmg best.,mmg akan pegi lg kot kesana, InsyaAllah…sy stay kt hotel mutiara (ok gak)…sepanjang kt sana, sy pakai pak supir hotel tu (cecep – nama dia) sbb sy bwk anak n parent sy ada skali. so, guna supir mudah utk kami yg agak ramai….soping time mmg best…makan time pn best giler (sindang reret, kampung daun, restoran ampera)..tq for all coz byk bg info….
May 7, 2012 at 7:58 pm
assalamualaikum… tolong saya senaraikan lokasi2 shopping di bandung dan juga tempat2 menarik… klu boleh nak hotel yg berdekatan dengan kawasan shopping sbb x nak tukar2 hotel.. cari harga yg sederhana skit.. 1st time nk p sana.. honeymoon. thanks for ur help.
May 25, 2012 at 6:12 pm
berapa tambang dari airport bandung ke Hotel Utari…??
June 7, 2012 at 7:53 pm
shida,
murah je. tak sampai Rm10 kot
December 28, 2012 at 4:41 pm
Jauh tak hotel grand seriti ke daun kampung restaurant? Kalau naik texi berapa agak? Tks