Khidmat Sewa Kereta di Bandung
Filed under My Blog
Salam semua,
Hari ini saya ada satu berita baik untuk pengunjung blog saya. Blog saya sekarang telah menjalankan satu kerjasama dengan pemandu atau supir di Bandung dimana saya menjadi wakil di Malaysia untuk anda semua yang ingin mencari kereta sewa atau supir di Bandung. Lebih mudah untuk anda semua kerana semua urusan sewa kenderaan akan diuruskan oleh saya dan blog saya ini. Maknanya, kalau anda berminat nak mencari supir atau kereta sewa di Bandung, anda semua boleh terus menghubungi saya dan wakil saya dan boleh membuat pembayaran terus kepada kami. Kami akan uruskan semuanya. Anda semua hanya perlu ke Bandung dan pemandu kami akan menunggu anda di sana.
Harga yang ditawarkan kira murah lah. Yang bagusnya, anda semua boleh bayar kat saya jek tak payah bayar di bandung. Saya ada menyediakan dua bank iaitu CIMB dan M2U untuk kemudahan anda semua. kalau nak bayar melalui akaun syarikat pon boleh. kot2 nak kene baya pakai cek ke kan.
Ok senarai harga adalah seperti berikut:
Suzuki APV (8 seater) = IDR 400,000
Toyota Avanza = IDR 400,000
Isuzu ELF (14 seater) = IDR 700000
Isuzu ELF (20 seater) = IDR 1,200,000
HARGA SEMUA KENDERAAN TERMASUK PEMANDU DAN MINYAK untuk SEHARI
Harga tambahan kalau nak ke tempat2 berikut :-
Tangkuban Perahu – IDR50,000.00 (RM12.00)
Cibaduyut (leather shoes) – IDR50,000.00 (RM18.00)
Garut (Leather goods) – 3-4 hours from Bandung – IDR300,000.00 (RM105.00)
Kawah Putih – 2 Hours from Bandung – IDR120,000.00 (RM42.00)
Harga di atas adalah termasuk minyak, driver dan parking kecuali tiket masuk ke Tangkuban dan Kawah Putih. Tips untuk Pemandu juga adalah di atas budibicara dan seikhlas hati nak bagi berapa pun takpe. Tapi diingatkan Indonesia memang mengamalkan budaya bagi tips. Jadi seikhlas dan yang difikirkan wajar lah tips untuk pemandu.
Sekian, terima kasih.
Harga dalam RM mengikut kadar tukaran matawang asing semasa.
Jadi semua pembayaran boleh dibuat dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM)
Macam saya pernah bagitahu dulu, pemandu-pemandu ini bukan sekadar pemandu saja, kalau ada barang-barang yang nak dicari, boleh bagitau mereka dan mereka akan bantu mencari barang-barang seperti langsir,baju, kad kahwin dan sebagainya.
Sebarang Pertanyaan dan Tempahan, sila Hubungi :
Jul09













May 7, 2013 at 3:08 pm
Sy nk tnya harga utk supir jakarta bandung berapa caj utk sehari? Nk sewa pd 23/8 -26/8 utk 9 orang..flight dari jakarta. 23/8 AK1380 7am blk 26/8 QZ8206 4.35pm.. Menginap di bandung 2 mlm, jakarta semlm.. boleh beri details
June 15, 2013 at 10:27 pm
salam…
Boleh bagi quotation transport untuk 14 org. Tiba di Jakarta pd 24/10 jam 11.30 p.m dan bertolak pulang dr bandung pd 28/10, jam 8.00 pm.
24/10- Jangkaan tiba pd jam 11 mlm, pick up dr airport jakarta, melawat monas, dan hantar ke hotel
25/10 – jalan2 jakarta, terus ke bandung termasuk singgah ke tangkuban perahu, kawah putih & check in di hotel area bandung
26/10 – area bandung
27/10 – area bandung
28/10 – area bandung n hantar ke airport bandun
Harap boleh beri harga yg terbaik..
Terima kasih